Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2009

Kisah didalam kubur

RASULULLAH S.A.W bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satu lagi disebut dengan nama "Nakir". Lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?." Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjaw...

Sedikit kisah untuk direnung!

"Kalau orang bukan Islam tanya kamu, mengapa dia tidak boleh masuk syurga, apa yang akan kamu katakan padanya?" "Oh, itu mudah sahaja. Bukankah dalam al-Quran, Allah telah bahawa orang-orang kafir akan menjadi bahan bakar di neraka kerana mereka tidak beriman pada Allah? Hanya orang Islam sahaja yang boleh masuk syurga." "Walaupun orang Islam itu telah banyak berdosa berbanding orang kafir?" "Allah telah berjanji bahawa orang Islam akan masuk ke syurga, cuma mungkin dia perlu menerima hukuman atas dosa-dosanya dahulu, baru diterima masuk ke syurga. Tapi orang kafir, sebab mereka tidak beriman pada Allah dan Rasul, hanya neraka tempat mereka." "Nanti kata orang kafir, mereka juga banyak buat amal dan bantu orang lain semasa hidup di dunia. Takkan itu semua tidak diambil kira, bukankah orang Islam selalu kata Allah Maha Adil? Apakah yang harus kita terangkan kepada mereka sekiranya mereka bertanya?" "Al-Quran menyatakan bahawa amalan...

Agen Diperlukan

Anda ingin memperkenalkan produk anda di sebelah utara? Usah risau, saya sedia menjadi agen produk makanan atau lain-lain lagi! Dengan syarat ianya Halal 100%, tidak melanggar hukum syarak islam dan tidak mengandungi unsur riba atau bunga..