Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Jampi/Ruqyah secara islam

Imej
Ruqyah Syariah: Ruqyah adalah suatu perubatan dengan membacakan jampi-jampi dan sebenarnya sudah wujud semenjak zaman Jahilliah lagi. Kemudian setelah ajaran Islam datang, Rasulullah s.a.w telah menetapkan Ruqyah yang dibolehkan adalah Ruqyah yang mengikut Syariah Islam sahaja. Ruqyah Syariah adalah suatu perubatan dengan cara membacakan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Ruqyah Syariah dilakukan oleh seorang muslim, baik untuk tujuan penjagaan dan perlindungan diri sendiri atau orang lain, daripada pengaruh buruk, pandangan mata manusia dan jin, pengaruh sihir, gangguan kejiwaan, dan berbagai penyakit fizikal, kebatinan serta hati. Ruqyah adalah perubatan yang sudah ada di zaman Jahilliah dan ketika Muhammad s.a.w. diutus menjadi Rasulullah, maka telah ditetapkanlah Ruqyah yang dibolehkan di dalam Islam. Allah telah menurunkan Surah Al-Falaq dan An-Naas, dan salah satu fungsinya adalah sebagai pencegahan dan terapi bagi orang beriman yang terkena sihir. Diriwayatkan oleh Aisyah bahawa Rasulull