Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Betulkah caraku

Sedikit kisah untuk direnung!

"Kalau orang bukan Islam tanya kamu, mengapa dia tidak boleh masuk syurga, apa yang akan kamu katakan padanya?" "Oh, itu mudah sahaja. Bukankah dalam al-Quran, Allah telah bahawa orang-orang kafir akan menjadi bahan bakar di neraka kerana mereka tidak beriman pada Allah? Hanya orang Islam sahaja yang boleh masuk syurga." "Walaupun orang Islam itu telah banyak berdosa berbanding orang kafir?" "Allah telah berjanji bahawa orang Islam akan masuk ke syurga, cuma mungkin dia perlu menerima hukuman atas dosa-dosanya dahulu, baru diterima masuk ke syurga. Tapi orang kafir, sebab mereka tidak beriman pada Allah dan Rasul, hanya neraka tempat mereka." "Nanti kata orang kafir, mereka juga banyak buat amal dan bantu orang lain semasa hidup di dunia. Takkan itu semua tidak diambil kira, bukankah orang Islam selalu kata Allah Maha Adil? Apakah yang harus kita terangkan kepada mereka sekiranya mereka bertanya?" "Al-Quran menyatakan bahawa amalan...